“GENCATAN SENJATA” Di Galas Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia



GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) — Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim mencadangkan “gencatan senjata” selama 90 minit pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, malam ini.

Beliau berkata, jentera kempen parti yang bertanding perlu bertenang seketika dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

“Malam ini perlu ada “gencatan senjata” untuk tengok perlawanan akhir, lepasitu kita sambung kembali berkempen,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 17 bas yang membawa lebih 700 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Bukit Jalil di sini, hari ini.

Turut hadir ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN itu, AbdulAziz Yusoff. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan meminta para penyokong agar tidak mempamerkan kain rentang atau bendera parti politik pada perlawanan akhir itu.

Beliau berkata, elemen politik tidak sepatutnya dicampur aduk dengan sukan.

“Amat menyedihkan kalau dimasuki elemen politik dalam perlawanan akhir ini, yang lebih penting penyokong memberikan sokongan kepada pasukan negeri,”katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para penyokong agar tidak mengabaikan keselamatan dan menjaga disiplin ketika menyaksikan pertandingan itu.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui berkata, beliau akan bersama-samapenyokong di sekitar DUN Galas bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.

Beliau meramalkan kemenangan 2-0 pasukan Red Warrior ke atas Negeri Sembilan.

“Malahan bagi mereka yang tidak berpeluang ke Kuala Lumpur, peminat di Galas boleh menyaksikan perlawanan itu di skrin besar yang disediakan BN di dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) 8.30 malam ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s