Monthly Archives: November 2010

Pengundi Tunjuk Isyarat, Pas Melepas Di Galas

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pas melepas di Galas apabila Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya menang dengan majoriti 1,190 undi

Calon BN merampas semula kerusi terbabit dari tangan Pas apabila calon BN, Abdul Aziz Yusuf menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad.

Abdul Aziz memperolehi 5,324 undi berbanding calon Pas yang mendapat 4,134 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N45 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid pada pukul 9 malam di Pusat Sivik Gua Musang.

Sebanyak 82.71 peratus atau 9,555 pengundi di Galas hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Memalukan…. Tahniah Muslimat Pas Sudah Pandai Serang Main Kayu

GUA MUSANG, 4 Nov –  Ganas…. Tindakan agresif jentera Pas bukan sahaja dilakukan jentera pilihanraya lelakinya tapi kali ini membabit muslimatnya.

Ini dibuktikan apabila Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat Pas ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini, hari ini

Continue reading

Malu Besar…. Penyokong Pas Jerit “Rasuah”, Keluar Gambar Nik Aziz

GUA MUSANG, 4 Nov –  Jentera dan penyokong Pas yang berada di pusat pembuangan undi di sekitar Galas tersipu-sipu malu apabila tindakan mereka mengejek dan melaungkan “rasuah” dibalas penyokong Barisan Nasional (BN) dengan menunjukkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang menghulur wang kepada pengundi orang asli.

Malah penyokong BN juga sempat memerli penyokong pembangkang bahawa mereka tak perlu takut itu bukan rasuah tapi sedekah.

Continue reading

Selamat Mengundi, Pilihlah BN

SANDAKAN, 3 Nov. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.

Katanya, tempoh berkempen yang berlangsung aman dan tidak ada sebarang kekacauan memberi petanda bahawa hari pemilihan di dua kawasan tersebut juga akan berjalan dengan lancar. Continue reading

Dakwaan Khalwat Tinggal Misteri… Calon Pas Tak Jadi Bersumpah??

GUA MUSANG, 3 Nov – Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.

Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung perkara tersebut sehingga setakat ini.

Continue reading

Jangan Biarkan Anak Bangsa Jadi Anjing Suruhan DAP

 

GUA MUSANG  2 Nov – Bekas AJK Pas Pusat dan orang kanan Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Mohd Nor Deris berkata, sekiranya DAP menang PRU 13, anak bangsa keturunan Melayu akan menjadi anjing-anjing suruhan DAP.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  isu yang digembar-gemburkan di dalam internet, dirinya memburuk-burukkan Nik Aziz berikutan dia tidak setuju perhubungan Pas dan DAP.

Continue reading

Pas Makin Sesak Nafas… Tok Guru ‘Rasuah’ Orang Asli

GUA MUSANG, 2 Nov – Pas makin terdesak dan tertekan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menang pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas termasuk memberi rasuah secara terang-terangan kepada pengundi.

Selepas Pas secara terbuka mengumkan akan ‘merasuah’ wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas, 4 November ini, semalam bertempat di perkampungan orang Asli Sandrop, jentera Pas diketuai Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melakukan rasuah kepada masyarakat orang asli.

Continue reading

Kes Khalwat Makin Panas… Pas Terpaksa Tutup Mulut??

GUA MUSANG, 1 Nov –  Bahang pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas nampaknya semakin panas.  Menjelang dua hari sebelum pengundian, jentera Pas terus ketinggalan dan terkial-kial hingga terpaksa memancing rasuah RM250 kepada pengundi luar yang balik mengundi.

Pada masa yang sama Pas juga dilihat semakin terperangkap dengan tindakan mereka mencalonkan Dr Zulkifli Mohamad yang sehingga kini masih lagi gagal menangkis dakwaan kes khalwatnya.

Continue reading