Rasuah Pengundi : Pemuda Akan Buat Laporan Pada SPR, SPRM

GUA MUSANG 31 Okt. –  Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.

“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Bazelan melihat ini merupakan tindakan terdesak pihak Pas yang cuba untuk mempertahankan kerusi Galas, dan hilangnya keyakinan penduduk dan masyarakat yang tinggal di Galas terhadap Pas.

“Mereka perlu mempertahankan kerusi Galas, namun mereka sudah tidak yakin lagi dengan sokongan masyarakat Galas yang kini kembali memberi keyakinan, kepercayaan dan peluang kepada calon kita, Ab Aziz Yusoff untuk mewakili mereka di DUN Galas ini,” ujarnya yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s