Monthly Archives: October 2010

Gempar!!.. Fail Pertuduhan Khalwat Dr Zulkifli Hilang?

GUA MUSANG, 31 Okt – Nampaknya status calon Pas, Dr Zulkifli Mohamed terus menjadi perbualan bukan sahaja di kalangan blogger malah masyarakat setempat.

Kisah beliau pernah ditangkap khalwat masih lagi menjadi misteri apatah lagi cerita mengenai perkahwinannya yang banyak menimbulkan tanda tanya.

Continue reading

Advertisements

Rasuah Pengundi : Pemuda Akan Buat Laporan Pada SPR, SPRM

GUA MUSANG 31 Okt. –  Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, ujar Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazelan Baharuddin.

“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Continue reading

Habuan RM250 Pas kepada Pengundi Luar Salah – SPR

GUA MUSANG 31 Okt. – Tindakan Pas menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Continue reading

Pas Dicabar Perjelas Sumbangan RM4 Bilion Yang Masih Jadi Tanda Tanya

GUA MUSANG, 30 Sep –  Pas hari ini dicabar untuk segera memberi penjelasan kepada pengundi di Galas berkenaan sumbangan RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri yang sehingga kini terus menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata daripada Pas sibuk membuat pelbagai tuduhan terhadap pembangunan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik Pas mencermin diri mereka terlebih dahulu dengan menjawab persoalan tersebut.

Ini kerana tegas beliau wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

Continue reading

Dataran Kesedar Tumpuan Peminat Bola

GUA MUSANG 30 Okt – Warga Gua Musang yang tidak berpeluang untuk ke ibu negara bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan masih berpeluang untuk menikmati kemeriahan suasana itu.

Ini berikutan usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan menyediakan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan itu secara terus yang ditempatkan di Dataran Kesedar, Gua Musang.

Orang ramai yang berada di Gua Musang termasuk petugas pilihan raya kecil dijemput beramai-ramai menyaksikan kemeriahan perlawanan itu yang akan bermula jam 8.00 malam ini.

 

BN Pertimbang Bina Jambatan Untuk Penduduk Kampung Batu Papan

GUA MUSANG, 30 Okt  — Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia menimbangkan permintaan penduduk tiga kampung di kawasan Batu Papan untuk menggantikan dua jambatan yang sempit dan tidak sesuai digunakan, selain membahayakan penggunanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin  berkata jambatan gantung dan jambatan sempit berkenaan digunakan lebih 1,500 penduduk dan pelajar dari Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu 2 serta Kampung Batu Papan Kundur, untuk berulang-alik ke Gua Musang dan sekolah.

“Jadi, saya akan bawa cadangan untuk membina jambatan ganti kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan, kerana kita tidak mahu sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku, lebih-lebih lagi terhadap pelajar sekolah yang sering menggunakan jambatan ini untuk berulang-alik ke tiga buah sekolah berhampiran,” kataya kepada pemberita selepas melawat Kampung Batu Papan di sini hari ini.

Continue reading

BN Dilihat Dapat Sokongan Di Galas dan Batu Sapi: Muhyiddin

SANDAKAN, 30 Okt – Maklum balas orang ramai terhadap kempen-kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen di Batu Sapi ketika ini cukup baik, dan sokongan dilihat berpihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun menurutnya beliau tidak dapat membuat andaian sekiranya pengundi di kedua-dua kawasan itu akan memberi majoriti besar kepada calon BN, dan menurutnya BN masih perlu bekerja lebih keras lagi untuk kedua-dua kawasan berkenaan.

“Jelas rakyat di kedua-dua kawsan pilihan raya mahu BN membantu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam di sini hari ini.

Continue reading

“GENCATAN SENJATA” Di Galas Sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia



GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) — Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim mencadangkan “gencatan senjata” selama 90 minit pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memberi laluan kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, malam ini.

Beliau berkata, jentera kempen parti yang bertanding perlu bertenang seketika dan memberi sokongan kepada pasukan yang bertanding.

“Malam ini perlu ada “gencatan senjata” untuk tengok perlawanan akhir, lepasitu kita sambung kembali berkempen,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan 17 bas yang membawa lebih 700 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Bukit Jalil di sini, hari ini.

Continue reading

Belia Orang Asli 20 Tahun Tunggu Janji Pas

GUA MUSANG, 30 Okt  – Golongan belia Orang Asli di pedalaman sudah 20 tahun menanti kemudahan infrastruktur antaranya termasuk gelanggang bersukan, sistem jalan tar yang elok dan pengangkutan ke sekolah untuk anak mereka.
Bagi Jahri Along, 30 dari Pos Hendrop berkata kemudahan seperti gelanggang sukan perlu untuk golongan muda Orang Asli bersukan dalam meluangkan masa bersosial bersama secara sihat.
“Seperti di tempat saya, kami mahukan gelanggang sepaktakraw dan badminton, jadi jika dibina elok juga. Kami boleh habiskan masa petang untuk bersukan. Kami juga mahukan sistem jalan tar yang elok ke kawasan kami,” katanya.
Katanya sudah 20 tahun beliau menanti kemudahan itu daripada kerajaan Pas Kelantan namun kebajikan mereka tidak dijaga.
Katanya sudah 20 tahun beliau menanti kemudahan itu daripada kerajaan Pas Kelantan namun kebajikan mereka tidak dijaga.

Pas Guna Isu Lapuk Raih Undi Warga Emas

GUA MUSANG 30 Okt – Pas menggunakan isu lapuk mereka dengan menjadikan agama sebagai modal kempen terutama di kawasan yang didapati mempunyai ramai pengundi warga emas.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata tindakan yang dilakukan oleh Pas itu membuktikan mereka sebenarnya sudah kekeringan isu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk di Galas.

“Mereka menggunakan petugas wanita untuk berkunjung dari rumah ke rumah, sasaran mereka adalah rumah yang didiami  warga tua, biasanya mereka datang bila mengetahui warga emas itu tinggal bersendirian ketika penghuni lain keluar.

Continue reading

Pas Mula Main Kotor, Serang Peribadi Ku Li

Gua Musang- Pas Sudah memulakan serangan peribadi terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah Dalam Kempen Pilihanraya DUN Galas, 4 November ini.

Perkembangan tersebut bertentangan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyatakan Pas tidak menentang Tengku Razaleigh tetapi parti yang diwakilinya.

Serangan tersebut bermula pada Ceramah Perdana kepemimpinan pakatan pembangkang di Sungai Terah malam tadi dan pada sidang akhbar harian parti itu di Markas Besar Pas di sini pagi ini.

Continue reading

Pas Tidak Amal Akhlak Islam, Lempar Fitnah!

GUA MUSANG 29 Okt. – Tindakan Pas yang sengaja melemparkan fitnah terhadap UMNO dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, jelas membuktikan parti itu gagal mengamalkan akhlak Islam

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hussein berkata, malah tidak keterlaluan sekiranya Pas dianggap sebagai parti yang sarat dengan emosi hingga ke peringkat sanggup mengetepikan ajaran Islam asalkan cita-cita politik mereka tercapai.

Bagi beliau, Pas kini lebih mementingkan untung rugi politik daripada segala-galanya walaupun mereka sedar sesetengah perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

Continue reading