Dakwaan Khalwat Tinggal Misteri… Calon Pas Tak Jadi Bersumpah??

GUA MUSANG, 3 Nov – Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.

Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung perkara tersebut sehingga setakat ini.

Walaupun ramai penyokong Pas berkumpul dan bersembahyang Asar di masjid tersebut namun sehingga jam 5.30 petang kelibat calon Pas itu tidak kelihatan.

Berikutan itu dakwaan khalwat menerusi beberapa blog sebelum ini tinggal misteri walaupun pada awalnya Pas cukup garang memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tersebut.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s