Pengundi Tunjuk Isyarat, Pas Melepas Di Galas

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Pas melepas di Galas apabila Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya menang dengan majoriti 1,190 undi

Calon BN merampas semula kerusi terbabit dari tangan Pas apabila calon BN, Abdul Aziz Yusuf menewaskan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad.

Abdul Aziz memperolehi 5,324 undi berbanding calon Pas yang mendapat 4,134 undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N45 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid pada pukul 9 malam di Pusat Sivik Gua Musang.

Sebanyak 82.71 peratus atau 9,555 pengundi di Galas hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Leave a comment