Kes Khalwat Makin Panas… Pas Terpaksa Tutup Mulut??

GUA MUSANG, 1 Nov –  Bahang pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas nampaknya semakin panas.  Menjelang dua hari sebelum pengundian, jentera Pas terus ketinggalan dan terkial-kial hingga terpaksa memancing rasuah RM250 kepada pengundi luar yang balik mengundi.

Pada masa yang sama Pas juga dilihat semakin terperangkap dengan tindakan mereka mencalonkan Dr Zulkifli Mohamad yang sehingga kini masih lagi gagal menangkis dakwaan kes khalwatnya.

Menerusi beberapa blog yang membuat liputan di sini terus mempertikaikan tindakan Pas yang menikus dari menjawab persoalan besar apakah benar calon mereka pernah ditangkap khalwat.

Malah kertas pertuduhan kes khalwat tersebut dikatakan telah dihilangkan dari Jabatan Agama Islam Kelantan.

Beberapa blog yang menyiarkan dakwaan kes khalwat ini juga nampaknya begitu yakin bahawa perkara itu memang satu kebenaran kerana Pas sehingga kini berdiam diri walaupun pada awalnya cukup garang member amaran untuk mengambil tindakan tegas.

Bagaimanapun Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan enggan memberi ulasan berhubung dakwaan tersebut.

“Saya ada dengar dan baca dakwaan tersebut tapi saya tidak mahu mengulasnya kerana tumpuan kita hanyalah untuk memastikan jentera BN bergerak lancar dan memastikan kemenangan BN pada 4 November ini.

“Kes khalwat itu masalah Pas…biarlah mereka selesaikan sendiri.  Jentera BN mahu tumpukan isu kegagalan Pas mentadbir dan membela nasib rakyat khususnya di Galas ini.  Ada banyak isu di Galas terutama isu ladang rakyat, penindasan kaum asli, janji-janji yang tidak ditunaikan dan sebagainya”, ujar beliau.

Malah beliau percaya sama ada benar atau sebaliknya kes khalwat itu, rakyat terutama pengundi akan mebuat penilaian yang sewajarnya.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s