Malu Besar…. Penyokong Pas Jerit “Rasuah”, Keluar Gambar Nik Aziz

GUA MUSANG, 4 Nov –  Jentera dan penyokong Pas yang berada di pusat pembuangan undi di sekitar Galas tersipu-sipu malu apabila tindakan mereka mengejek dan melaungkan “rasuah” dibalas penyokong Barisan Nasional (BN) dengan menunjukkan gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang menghulur wang kepada pengundi orang asli.

Malah penyokong BN juga sempat memerli penyokong pembangkang bahawa mereka tak perlu takut itu bukan rasuah tapi sedekah.

Penyokong Pas yang pada mulanya lantang bersorak tersipu malu serta mengubah sorakan sokong UMNO masuk neraka.

Jentera dan penyokong Pas yang diimport dari luar ternyata bertindak melampau dengan melakukan pelbagai provokasi hingga menimbulkan kekecohan.

Kekecohan yang berlaku bukanlah dicetuskan orang tempatan tetapi penyokong pembangkang dari luar yang tidak memahami budaya tempatan.

Malah ketika Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya BN, Datuk Mustapha Mohamed yang turun memantau keadaan turut diejek dan dilemparkan kata-kata kesat di Peti Undi Sungai Terah.

Lebih menyedihkan penyokong Pas bukan sahaja mengejek Tok Pa malah ketika Tok Pa menghulur tangan untuk bersalam penyokong terbabit memalingkan diri enggan bersalam.

Setakat jam 1 tengahari tadi 60 peratus pengundi telah keluar mengundi di Galas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s