Selamat Mengundi, Pilihlah BN

SANDAKAN, 3 Nov. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.

Katanya, tempoh berkempen yang berlangsung aman dan tidak ada sebarang kekacauan memberi petanda bahawa hari pemilihan di dua kawasan tersebut juga akan berjalan dengan lancar.

“Semua jentera BN telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan lancar sepanjang hari berkempen dan hari ini adalah penentu kepada apa yang telah kita lakukan setelah 9 hari berusaha memberi penerangan kepada rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Selaras dengan itu, beliau berharap agar para pengundi bijak membuat penilaian berdasarkan kepada apa yang berlaku di sekeliling dan juga permasalahan yang berbangkit.

“Pengundi perlu bijak membuat penilaian dan jangan mudah diperbodohkan oleh mana-mana parti kerana terbukti hanya BN yang akan mampu menjadi teraju pentadbiran negara.”

Ujarnya lagi, BN juga telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja berupaya dan mampu memerintah negara dengan cekap dan berkesan tetapi juga dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa atau agama.

“Sebelum mengundi, nilailah dahulu sebelum memilih agar tidak tersalah membuat pilihan hanya kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Fikirlah calon mana yang lebih berwawasan, parti mana yang berkemampuan, pilihlah kemajuan untuk masa hadapan dan undilah demi keselesaan, kesejahteraan dan keamanan.

“Batu Sapi dan Galas adalah dua tempat berbeza tetapi menghadapi pilihan raya ekoran daripada kematian penyandangnya. Apa pun kita mahukan keputusan yang sama iaitu kemenangan di kedua-dua tempat iaitu mempertahankan Batu Sapi dan merampas kembali Galas,” tegasnya.

Satu Impian. Satu Harapan. Satu Malaysia. Pilihlah BN.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s