Pas Cuba Alihkan Tumpuan – Muhyiddin

GUA MUSANG, 27 Okt – Pas cuba menutup kelemahannya dan tanggungjawabnya sebagai kerajaan negeri dengan mengalih pandangan apabila membangkit isu-isu nasional dalam kempen mereka di pilihan raya kecil DUN Galas.

“Isu nasional digunakan sebagai langkah untuk mengalih pandangan  dalam pilihan raya kecil seperti di Galas, saya lihat banyak perkara yang perlu ditangani,  saya lihat masalah rakyat itu sendiri tetapi itu dielakkan dia seharusnya memberi keutamaan, masalah tempatan terlebih dahulu baru isu lain.

“Dalam konteks ini, Barisan Nasional (BN) rakyat didahulukan, dalam urusan berkenaan Pas, rakyat dikemudiankan, dia berminat untuk membicarakan soal-soal internasional, sedangkan isu-isu tempatan dan rakyat tidak diberikan tumpuan,” katanya selepas Majlis Bersama Rakyat bersama masyarakat Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brook, di sini.

Muhyiddin berkata, dalam pertemuan beliau bersama rakyat di Galas, banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka  membabitkan sikap kerajaan negeri tidak mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi rakyat dan pelbagai dalih serta alasan yang diberikan.

Menurutnya, perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan bukanlah perkara baru, ini turut membabitkan isu pengambilan tanah, pencerobohan kawasan balak serta termasuk pembukaan ladang rakyat.

“Ya isu besar, tadi dalam ucapan penduduk tadi telah bangkit masalah itu, saya jelaskan masalah ini adalah masalah negeri, kita nak jelaskan masalah-masalah urusan tanah, baik isu pengambilan tanah, tak bayar pampasan, ladang rakyat ,  pencerobohan pihak pengusah-pengusaha luar, itu sepatutnya diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri.

“Saya percaya kalau BN dipilih menjadi wakil kita, ini dia akan sampaikan perkara itu, pokoknya nampaknya Pas waktu berkempen ini tidak fokus kepada masalah besar yang dihadapi oleh rakyat tempatan, ini bermakna terbukti masalah rakyat tidak diberi perhatian,” katanya.

Berhubung isu masalah pemilikan dan pencerobohan tanah, beliau menyatakan perkara itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, oleh sebab itu Pas harus menyelesaikan masalah berkennaan kerana mereka yang mentadbir negeri Kelantan.

“Masalah itu harus di selesaikan oleh Pas kerana mereka menjadi kerajaan, masalah tanah ini besar dan dari apa yang dimaklumkan tadi, ini tidak dapat diselesaikan saya harapa rakyat khususnya pengundi faham masalah ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Dua hari lalu ketika pergi ke Galas ke Gua Musang, saya lihat di bawah sungai jadi hampir merah, air yang sudah dicemar mungkin pembalakan haram, kerosakkan kawasan sekitar mungkin masalah pencerobohan pembalakan haram dan sebab itu masalah ini timbul dan harus ditanggani kerajaan negeri, tapi masalah itu tidak diberi perhatian,” katanya.

Mengenai cara berkempen yang berbeza berbanding pilihan raya kecil sebelum ini, Muhyiddin berkata cara yang dilakukan oleh BN  berdasarkan pada situasi di tempat terbabit di atas kebijaksanaan pengarah pilihan raya.  -MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s