Pembangkang Terus Pupus Isu Di Galas

GUA MUSANG, 27 Okt – Pembangkang dilihat kepupusan isu untuk dimanipulasi dalam kempen  pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sehingga cuba mencari keretakan yang tidak wujud dalam UMNO.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) , Khairy Jamaluddin berkata  mereka sudah tidak ada isu untuk dimainkan dan mula mula mencipta dan memperbesar-besarkan isu yang sepatutnya tidak diadakan.

“Saya tengok pembangkang ketandusan isu, ceramah yang diadakan pihaknya semalam juga dilihat menyebut isu-isu yang sengaja diperbesarkan seperti Tengku Razaleigh Hamzah tidak masuk ke dalam dewan penamaan calon, seolah-olah ada keretakan dalam UMNO Gua Musang.

“Selain itu dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Ketua Pemuda  UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin cuba mensabotaj calon dan kempen pilihan raya kecil ini juga adalah tidak benar sama sekali,” katanya selepas melawat pesakit di Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, ChekHashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas akibat barah.

Pada pilihan raya 4 Nov ini, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof, 49, akan menentang  calon Pas Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata  UMNO  dan BN tidak mempunyai sebarang masalah, sebaliknya bersatu dalam satu saf untuk memastikan kemenangan calon BN nanti.

“Kita sedang bergandingan memantapkan jentera dalam usaha menawan Galas.  Justeru pengundi tidak harus menyimpan rasa ragu terhadap kepimpinan UMNO  dan BN yang digambarkan pembangkang sebagai berada di ambang perpecahan.

“Pengundi juga perlu yakin dan tidak menelan segala fitnah dan isu rekaan yang sengaja diwujudkan pembangkang,” katanya.

Khairy seterusnya menambah pergerakan itu kini giat turun padang untuk bersua muka dengan pengundi secara lebih dekat dan tidak hanya bergantung kepada ceramah secara besar-besaran.

“Kita terus jalankan kempen, sudah berjumpa beberapa kumpulan kecil pengundi antaranya di hospital, melawat peti undi, adakan kem cakna pemuda, lawatan baik pulih beberapa buah rumah dan juga ceramah, singgah di kedai kopi dan sebagainya kerana ia lebih memberi impak berbanding ceramah besar-besaran

“Pemuda juga mengenal pasti pengundi ‘atas pagar’ di kalangan pengundi muda dan mereka okey…cuma saya tengok mereka masih atas pagar. Saya jumpa mereka dalam kempen dan sebahagian yang jumpa itu masih terbuka dan kita kena yakinkan mereka,” katanya. -MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s