Memalukan…. Tahniah Muslimat Pas Sudah Pandai Serang Main Kayu

GUA MUSANG, 4 Nov –  Ganas…. Tindakan agresif jentera Pas bukan sahaja dilakukan jentera pilihanraya lelakinya tapi kali ini membabit muslimatnya.

Ini dibuktikan apabila Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat Pas ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini, hari ini

Kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

“Ketika itu peraih undi Pas berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat Pas mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

“Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang dalam jam 12 tengahari tadi..

Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong Pas.

Ketika ditanya apakah tindakan beliau selepas kejadian itu, beliau berkata beliau tidak membalas serangan kerana wanita itu sudah berusia.

Namun beliau sebaliknya kesal kerana tindakan itu dilakukan oleh petugas dari sebuah parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s