Pas Makin Sesak Nafas… Tok Guru ‘Rasuah’ Orang Asli

GUA MUSANG, 2 Nov – Pas makin terdesak dan tertekan hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menang pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas termasuk memberi rasuah secara terang-terangan kepada pengundi.

Selepas Pas secara terbuka mengumkan akan ‘merasuah’ wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas, 4 November ini, semalam bertempat di perkampungan orang Asli Sandrop, jentera Pas diketuai Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melakukan rasuah kepada masyarakat orang asli.

Ternyata sejak mula berkempen di sini, jentera Pas kehilangan arah baik dari isu yang dimainkan mahupun latar belakang calon yang cukup diragui berhubung kes khalwat.

Pada ketika membuat fitnah dan tuduhan kepada BN kononnya menyogok pengundi, ternyata Pas sebenarnya yang melakukan perkara tersebut.

Malah difahamkan Pas juga telah mengerahkan tauke-tauke balak untuk mula masuk ke perkampungan orang asli dan pengundi Cina untuk melakukan ancaman dan menyogok wang rasuah.

Gambar yang dirakamkan di perkampungan orang Asli di Sandrop adalah bukti betapa hodoh, menjijik dan memualkan politik Pas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s