Pas Dicabar Perjelas Sumbangan RM4 Bilion Yang Masih Jadi Tanda Tanya

GUA MUSANG, 30 Sep –  Pas hari ini dicabar untuk segera memberi penjelasan kepada pengundi di Galas berkenaan sumbangan RM4 bilion daripada seorang ahli perniagaan, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Pas negeri yang sehingga kini terus menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak mengenai tujuan utama pemberiannya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata daripada Pas sibuk membuat pelbagai tuduhan terhadap pembangunan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik Pas mencermin diri mereka terlebih dahulu dengan menjawab persoalan tersebut.

Ini kerana tegas beliau wang tersebut diberikan selepas Abdul Rahim yang juga Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World) mendakwa syarikatnya telah diberikan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini.

“Apabila diberitahu tentang perkara itu beberapa bulan lalu saya terkejut.  Apakah itu satu timbal balas ke atas kelulusan-kelulusan yang diberi.

“Adakah itu cara pentadbiran Pas yang sentiasa mendapat timbal balas terhadap syarikat-syarikat yang cuba membangunkan kawasan di sini seperti sebuah syarikat nak taja Nik Aziz sekeluarga ke Mekah”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Perkara ini kata beliau lagi tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan ketelusan kerajaan negeri apatah lagi mendakwa pentadbiran mereka cukup bersih.

“Pas sibuk jaga tepi kain orang tapi kain sendiri tak sedar koyak rabak.  Jadi kita tunggu apa jawapan mereka berkenaan perkara ini.

“Rakyat Kelantan termasuk di Galas ini tertanya-tanya tentang kedudukan kes tersebut yang sampai sekarang masih lagi kabur,” tegasnya.

Pada majlis pelancaran projek tersebut di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu baru-baru ini, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mengumumkan sumbangan peribadi bernilai RM4 bilion kepada kerajaan negeri.

Replika cek terbabit disampaikan kepada seorang individu dikenali sebagai Nik Din yang mendakwa dirinya adik kepada Nik Abdul Aziz.

Selain menerima replika cek berkenaan, Nik Din turut mewakili kerajaan negeri menandatangani papan simbolik pelancaran projek berkenaan yang tertera nama Nik Abdul Aziz.

Pengerusi I’DA World mendakwa kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion tersebut telah diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepadanya melalui sepucuk surat rasmi pada petang sebelum pelancarannya.

Laman web I’DA World juga iaitu idaworldgroup.com.my telah memaparkan kepala surat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertarikh 19 September yang memberikan persetujuan terhadap projek S7.

Surat tersebut ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s