Semua Pengundi Faktor Kemenangan BN – Abd Aziz

 

Gua Musang 29 Okt – Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abd Aziz Yusof menyifatkan semua pengundi di DUN berkenaan merupakan penentu kepada kemenangan beliau pada 4 November ini.

abdul aziz-calon bn-pengundi

Justeru katanya beliau akan menggunakan baki kempen yang tinggal enam hari sahaja lagi untuk bertemu mata dengan seramai mungkin pengundi berkenaan tanpa mengira kaum dan kawasan.

“Semua pengundi adalah penentu kemenangan BN dan bukan kaum tertentu sahaja. Tidak kira samada  pengundi  itu orang asli, orang Cina, Melayu dan lain. Bagi saya sama sahahaja.

“Justeru saya akan bekerjas keras dalam tempoh kempen yang ada untuk bertemu dengan pengundi sama ada atas pagar atau luar pagar dan sebagainya untuk memastikan kemenangan BN nanti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai kempen beliau yang masuk hari ketiga hari ini, beliau menyifatkan sokongan kepada BN semakin meningkat termasuk di kalangan pengundi Cina.

“Sepanjang tiga hari berkempen, saya nampak momentum sokongan ada peningkatan termasuklah pengundi di luar pagar yang memberi keyakinan kepada kita.

“Oleh itu pendekatan kempen untuk bertemu dengan pengundi akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mengedarkan pelbagai risalah sepanjang kempen pilihan raya kecil tersbeut, beliau menyebut BN  juga turut mengambil pendekatan yang sama.

“Terserahlah kepada pengundi untuk membuat penilaian. Kita pun ada gerakan kita menyebarkan risalah dan sebagainya. Kita serahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian,” katanya.

Ketika ditanya apakah permasalahan air di beberapa kawasan akan menjadi agendanya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada 4 November ini, beliau menjelaskan itu adalah masalah kerajaan negeri.

“Namun kita akan berusaha sebaik mungkin termasuk meminta bantuan kerajaan pusat menerusi agensi yang terlibat untuk membantu masalah berkenaan,” katanya.

 

One response to “Semua Pengundi Faktor Kemenangan BN – Abd Aziz

  1. Blog anda telah diberi link di blog kami sini.

    Mari kerjasama dengan letakkan link kami di blog anda.

Leave a comment