GUA MUSANG, 26 Okt – Puteri UMNO mengenalpasti seramai 115pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, yang bakal membantujentera Barisan Nasional (BN) mengibarkan sayap menawan kawasan itu.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata melalui gerakanyang telah dirancang dan dilaksanakan secara agresif, beliau yakin jumlahpengundi itu mampu menyumbang dan membantu BN mencapai kemenangan.
“Puteri Umno telah mengenalpasti seramai 250 pengundi Puteri di Dun Galas, daripada jumlah itu 115 merupakan jumlah pengundi yang akan menyokong penuh terhadap BN,” ujarnya.
Beliau berkata Puteri telah mengadakan pertemuan tiga peringkat iaitu nasional, negeri dan rakyat selain perjumpaan bersama pemimpin peringkat cawangan dan peti undi.
“Melalui pertemuan itu dapat dilihat semangat Puteri yang begitu memberangsangkan, dapat dirasakan aura Puteri di Galas untuk melihat kawasan mereka diambil alih oleh Barisan Nasional, dengan membantu menggerakkan jentera BN dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 Nov. “
Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sebagai sayap penting BN, Puteri kini telah bersiap sedia dalam melaksanakan gerak kerja yangmemfokuskan dua perkara iaitu pengundi muda dan program di peringkat peti undi.