Oleh: Al-Kamarolzaman Abd Latifff
GUA MUSANG, 26 Okt – “Apa yang Pas sudah buat di Galas dan Gua Musang ini walaupun sudah 20 tahun memerintah….tolong bagi saya satu senarai contoh”, demikian cabaran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
“… saya yakin kalau ada pun satu dua lah…yang beratus segala perkara yang ada di Gua Musang ini semua adalah usaha BN dan kerajaan pusat”, katanya.
Pas kata beliau lagi dalam ceramah mereka menyebut semua kerajaan hatta komunis pun akan membuat pembangunan tapi malangnya di Kelantan walaupun sudah memerintah selama 20 tahun kebanyakan pembangunan dilakukan oleh Barisan Nasional iaitu Kerajaan pusat.
“ …itu ceramah Pas yang popular …dia kata sama ada kerajaan sosialis, komunis buat pembangunan belaka …jadi Pas kata pembngunan itu bukan hak mana-mana kerajaan”, katanya kepada 1Galas di sini, hari ini.
Justeru beliau memberitahu sudah pasti isu-isu pembangunan akan menjadi keutamaan BN dalam siri kempen bagi menarik sokongan pengundi di Galas.
“Semua rakyat mahukan pembangunan sebagai contoh yang terbesar apa yang kita buat ialah pecah tanah projek perumahan rakyat bernilai RM180 juta …kalau rakyat tak mahu tentang itu tak tahulah saya …yang pasti mereka ingin pembangunan, mereka inginkan rumah”, ujarnya.
Mengenai perbezaan latar belakang pendidikan antara calon BN dan Pas pula yang mungkin dijadikan modal pihak lawan, beliau berkata apa yang penting seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah BN mementingkan calon yang boleh menang.
“Calon yang boleh menang maksudnya calon yang disukai rakyat calon anak tempatan , calon yang telah berkhidmat dan boleh berkhidmat jadi calon yang terbaik …itu calon yang kita mahu.
“…dan calon kita ini juga adalah anak tempatan yang tahu tentang selok belok di kawasan ini…calon mereka bukan anak tempatan sini…klinik yang dia ada pun bukan dalam DUN ini….calon kita ini dah lama dalam Kesedar, lebih kurang 20 tahun dan hampir majoriti pembangunan di Gua Musang ini dibuat oleh Kesedar dan beliau tahu keadaan di sini”, katanya. -MediaUMNO