Polis Belum Terima Permit Ceramah

GUA MUSANG, 26 Okt – Polis belum menerima permohonan permit ceramah daripada mana-mana parti politik sehingga proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berakhir pada pukul 11 pagi ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehubungan itu polis akan bertindak menghentikan ceramah sekiranya ada parti-parti politik mengadakan ceramah malam ini.

“Setakat ini belum ada permohonan dari mana-mana parti politik. Jika dibuat tanpa permit, kami akan minta mereka hentikannya segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun polis menetapkan tempoh sehari untuk memberikan kelulusan, pihaknya memberi kelonggaran dan akan mengeluarkan permit itu dengan kadar segera buat parti-parti yang bertanding dan ingin berkempen malam ini sekiranya permit dipohon petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS yang meninggal dunia pada 27 Sept lalu akibat penyakit kanser usus.

Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusof, 49, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44.

Sementara itu Abdul Rahim berkata, bagi memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar parti-parti bertanding dinasihatkan meneruskan budaya baik yang ditunjukkan semasa penamaan calon hari ini kerana sepanjang proses lebih lima jam itu tiada sebarang insiden buruk berlaku.

“Pada pandangan saya sebagai Ketua Polis Negeri saya dapati inilah hari penamaan calon yang amat baik dan amat harmoni yang ditampilkan parti-parti yang akan bertanding,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s