Pengundi Cina Sokong BN – Shahrizat

Oleh: Mohd Nasri Zakariah.

GUA MUSANG 26 Okt – Dakwaan bahawa masyarakat Cina tidak akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) berikutan ucapan pengulungan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2010 lalu adalah tidak benar dan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, apa yang dilaporkan itu mungkin pendapat individu atau mereka yang tidak berpuas hati dengan kejayaan kepimpinan sekarang kerana berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kepada kerajaan BN. 

“Saya baru bertemu dengan masyarakat Cina di sini (Galas) dan mereka menyokong BN, mereka sokong calon BN yang bertanding dan tak ada sebab mengapa mereka tidak menyokong BN pada pilihan raya ini.

“Apa yang dilaporkan itu tidak betul, mungkin yang tulis tu pihak pembangkang, sekarang ini mereka rasa tidak senang dengan kejayaan kita, mereka cuba pengaruh pengundi Cina di Batu Sapi (Sabah) dan di sini,” katanya ketika ditemui Program Sayang di Mercu Jaya Tanah Puteh, di sini.

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa masyarakat Cina di negara ini tidak akan member sokongan kepada BN di pilihan raya kecil Batu Sapid an Galas berikutan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan agung UMNO lalu.

Laporan itu tururt menyatakan apa yang dinyatakan oleh Najib itu menyentuh perasaan masyarakat Cina akan terus memperjuangkan nasib orang Melayu serta menegur mereka yang mempersoalkan hak serta kepentingan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Negara.

Shahrizat berkata, apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Negara dan tidak mengenepikan hak kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun Datuk Seri Najib mengatakan beliau akan mempertahankan hak orang Melayu, beliau juga cakap kaum lain di negara ini tidak akan diabaikan, ini semua telah dipersetujui semua pihak.

“Apa yang berlaku sekarang, apa yang dicakap oleh Datuk Seri Najib telah diputar belitkan oleh pihak pembangkang, mereka guna isu itu mencari pengaruh kerana rakyat dah tak percaya kat mereka lagi,” katanya.

Beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di Batu Sapi dan Galas supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

“Itulah cara pembangkang, pelbagai isu akan dibangkitan terutama menjelang hari pengundian nanti, tujuan mereka hanya untuk memastikan pengundi tidak memberi undi kepada calon BN,” katanya.MediaUMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s