Pemuda Guna Pendekatan Sederhana Di Galas

Gua Musang 26 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan sederhana dan perjumpaan secara langsung  dalam  kempen mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas  dalam usaha mendekati pengundi muda.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata  mereka akan menggunakan sepenuhnya tempoh berkempen untuk mengadakan perjumpaan secara langsung dan bersua muka dengan pengundi muda lelaki yang berjumlah lebih 1,000 pengundi. 

“Menerusi kaedah ini, kita akan dapat bertentang mata dan bersua muka dengan sebahagian besar pengundi muda dan sasaran kita adalah kepada pengundi muda.

“Kalau pilihan raya kecil sebelum ini kita ambil pendekatan gempur, agresif, kumpul dan kerah jentera yang besar dan ramai tetapi kali ini kita ambil pendekatan secara berhemah dengan pendekatan jumpa pengundi secara terus. Saya rasa ini lagi proaktif dan mencapai objektif kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda pada proses penamaan calon PRK DUN Galas, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pergerakan itu mahu melihat golongan itu menjadi undi penentu kepada kemenangan calon BN kelak.

“ Kita nak melihat golongan ini menyokong BN dalam keadaan majoriti yang tidak besar ini pengundi muda  boleh jadi penentu . Jentera pemuda pun disusun dengan baik dengan kerjasama yang erat dengan Pemuda tempatan.

“Dan kita sama sekali tidak perlu ikut rentak pembangkang kerana kita  tahu ada pendekatan dan waktu tertentu yang mana pendekatan lain lebih berkesan.

“Kita dah kaji kedudukan di sini dan kita pun dah rujuk dengan Tengku Razaleigh tentang pendekatan beliau sendiri, dapatkan nasihat dan kita ikut perancangan yang telah kita tetapkan dan kita sama sekali  tidak terpengaruh dengan pihak lawan,” katanya.

Berhubung perkembangan kempen di Parlimen Batu Sapi, beliau berkata bentuk kempen di sana tidak sama dengan bentuk kempen di DUN Galas.

“Parlimen Batu Sapi lain sikit sebab kawasan dia besar dan jentera kita di sana pun besar . Jadi sentimen  pun sama penting dengan perjumpaan  “face to face”. Jadi  apabila kawasan besar kita buat program yang besar dengan bilangan yang besar. Ikut kesesuaian dan keadaan semasa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s