Calon BN Sedia Berdepan Serangan Tohmahan Lawan

GUA MUSANG, 26 Okt – “Saya akan dekati seberapa ramai pengundi dan bersedia berdepan apa jua tohmahan pihak lawan. Pada masa yang sama saya yakin jentera Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk membantu bgi memastikan kemenangan parti”, kata calon BN, Abdul Aziz Yusof.

Jelasnya sejak diumumkan sebagai calon BN lagi beliau sudah menyiapkan diri baik dari sudut mental dan fizikal.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN diwakili Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 49, manakala calon Pas ialah Dr Zulkefli Mohamad, 44, ialah Pemangku Yang Dipertua Pas kawasan Gua Musang.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11 pagi.

Calon BN, Abdul Aziz, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dan Dr Zulkefli, menyerahkan borang pencalonannya pada 9.30 pagi.

Mengenai peluang BN pada pilihanraya kecil kali ini, calon BN, Abdul Aziz optimis berdasarkan sokongan pengundi setakat ini.

Mengenai strategi BN pula, beliau enggan mendedahkan tetapi BN telah merangka pelbagai pendekatan untuk menarik sokongan pengundi.

“Ini strategi takkan nak didedahakan. Saya yakin dengan gerak kerja yang akan diaturkan pengarah pilihanraya, Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) di samping Tok Pa (Datuk Seri Mustapha Mohamed) sebagai timbalan dalam kempen-kempen yang akan diadakan”, ujarnya.

Proses pencalonan itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, yang meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s