25 Rumah Daif Di Galas Di BaikPulih

GUA MUSANG 26 Okt – 25 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini tersenyum gembira apabila rumah mereka yang dulunya daif kini dapat diduduki dengan selesa setelah dibaikpulih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pembaikan dan pembaikpulihan 25 rumah daif itu dilakukan di bawah program Giat Mara Bersama Rakyat dan dikenalpasti daif melalui pimpinan kampung di kawasan terlibat.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat salah sebuah rumah yang dibaiki itu di sini hari ini, beliau berkata proses pembaikan rumah-rumah berkenaan dilakukan sepenuhnya oleh tenaga kerja dan kemahiran 60 pelatih Giat Mara di daerah Gua Musang.

Sementara itu, seorang penduduk yang dipilih dalam program pembaikan rumah itu, Mohd Sabri Daud, 42, berkata beliau amat bersyukur apabila rumahnya yang begitu daif dan uzur kini kelihatan sebagai sebuah kediaman sempurna.

“Nak baiki sendiri rumah ni tak tahulah bila boleh baiki, duit untuk makan dan keperluan asas pun sudah tidak mencukupi,” kata beliau, seorang pemesin rumput di Hospital Gua Musang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s