SUHAKAM Lancar Kaunter Aduan Bergerak Pantau PRK Galas

GUA MUSANG, 25 Okt – Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melancarkan kaunter aduan bergerak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil kawasan itu.

Suhakam dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini berkata kaunter aduan bergerak itu  mula beroperasi hari ini di Pejabat Tanah dan Jajahan GuaMusang. 

“Objektif utama kaunter aduan bergerak Suhakam untuk memberi pendedahan mengenai hak asasi manusia dan memastikan proses pilihan raya kecil kali ini menghormati hak pengundian sejagat.

“Ia termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, berpersatuan, akses kepada maklumat dan hak kepada keselamatan berhubung kait dengan pilihan raya,” kata kenyataan itu.

Antara yang dipantau ialah pihak berkuasa, media dan parti politik.   Aduan boleh dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan MMS ke talian 013-6923826 atau emel ke complaints@suhakam.org.my.

Comments are closed.