Aziz Yusoff Sandaran BN Mengalas Kemenangan BN di Galas

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47 dinamakan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, 4 November ini.

Pengumuman calon itu dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu majlis pengumuman calon BN di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Hadir sama Tengku Razaleigh, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad dan pemimpin parti-parti komponen BN.

Ketika membuat pengumuman itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Abdul Aziz merupakan calon yang masih muda dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.

PAS telah mengumumkan pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.
PAS sebelum ini menamakan Dr Zulkifli Mohamad, 44 sebagai calon parti itu dalam pihanraya kecil ini.

Aziz merupakan anak kelahiran Kampong Bertam Baru Gua Musang dan berkhidmat sebagai Pengurus Operasi KESEDAR.

Beliau merupakan Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan PPRT Limau Kasturi.

Aziz juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Belia 4 B Gua Musang dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sehingga tahun 2005.

Ayah kepada empat org anak ini berkahwin dengan Roshana Hashim. Sementara itu, Tengku Razaleigh, dalam ucapannya di majlis pengumuman calon itu merayu penduduk Galas memberikan sokongan padu kepada calon BN.

Katanya, hanya BN terbukti membela nasib rakyat dan beliau berjanji selagi beliau masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, nasib penduduk di sini akan terus dibela.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November ini.- MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s