Saiful DiLiwat Tanpa Kondom – Pakar Patalogi

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.

Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.

”Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.

Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.

Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.

Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.

Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.

Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.

Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.

Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.

NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?

SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.

NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?

SHEUE FENG: Ya.

Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.

”Tidak,” jawab saksi berkenaan.

NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?

SHEUE FENG: Ya.

NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?

SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

Comments are closed.