Penduduk Hulu Kelantan Risiko Demam Kepialu Dan Kencing Tikus

KUALA KRAI, 15 Okt – Penduduk yang tinggal di kawasan pedalamanhulu Kelantan yang menggunakan air sungai mengandungi lumpur berisiko tinggimenghidap penyakit bawaan air terutama demam kepialu dan kencing tikus.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Wan Mansor Wan Hamzahberkata ini termasuk mereka yang tinggal di Jajahan Gua Musang, Kuala Krai danTanah Merah yang kini tidak menggunakan air yang dirawat.

“Biasanya penyakit berkenaan menyerang penduduk selepas musim banjir,bermula bulan Januari hingga Mac selepas mandi dan minum,” katanya kepadapemberita ketika di temui di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai masalah yang dihadapi lebih 700 penduduk Rancangan Pemulihan Tanah (RPT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Sungai Samdi sini dan kawasan sekitarnya yang terpaksa menggunakan air sungai yang mengandungi lumpur akibat kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekalkan air bersih ke kawasan berkenaan.

Mereka kini terpaksa menggunakan air sungai berdekatan yang bercampur lumpurakibat pembukaan tanah di puncak bukit berhampiran kampung mereka sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Sungai Sam, Yusuf Mahmod berkata punca bekalan air tandak yang dibina empat tahun lepas di hulu Sungai Rakit dengan kos RM300,000 kini musnah akibat hakisan dari pembangunan di puncak bukit berkenaan.

Dr Wan Mansor berkata jabatannya akan mendidik penduduk kampung supayamenggunakan air itu mengikut kaedah yang betul seperti memasak dan menapis untuk membuang lumpur sebelum digunakan.

Kata beliau jabatannya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membolehkan bekalan air bersih disalurkan ke kawasan berkenaan terutamapenyediaan peralatan batang paip di dalam rumah.

Sementara itu jurucakap KESEDAR berkata, lembaga itu memperuntukkan lebihRM100,000 untuk membina saluran bekalan air tandak dari puncak bukit berkenaan ke kampung itu tetapi ia tidak dijamin selamat.

Comments are closed.